Sabtu, 19 Desember 2015

Apa yang seharusnya Anak lakukan pada Orang tua


Apa yang seharusnya Anak lakukan pada Orang tuaAgama Islam telah mengatur kewajiban dan tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Ini adalah kerana ibu dan bapa adalah manusia yang melahirkan, mendidik dan menjaga kita sejak kecil hingga dewasa. Oleh yang demikian, kita sebagai seorang anak seharusnya dan wajib membalas jasa mereka. Sebagai seorang anak kita seharusnya menjaga mereka tidak kira sama ada ketika susah atau sebaliknya. Dengan adanya kasih sayang ini secara tidak langsung akan mewujudkan hubungan yang erat antara anak dengan ibu bapa. Mereka juga akan merasa lebih bahagia dengan sikap anak sebegini. Islam telah mengajar adab seseorang anak terhadap ibu bapanya. contohnya di dalam memberi pendapat, dan nasihat kepada ibu bapa yang mana ianya haruslah menggunakan cara-cara yang tertentu supaya tidak mengguris perasaan mereka. Ini bersesuaian dengan apa yang terdapat di dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud "syurga itu di bawah tapak kaki ibu" Hadis Riwayat Abu Daud dan An-Nasai)
Terdapat banyak firman-firman Allah yang menyebut mengenai tanggungjawab anak terhadap ibu bapa. Dengan ini, jelaslah bahawa anak mempunyai tanggungjawab yang besar di dalam memelihara kedua ibu bapa semasa mereka sedang melewati batas-batas usia. Selain dari menjaga dan memelihara ibu bapa, Islam juga memberi cara tanggungjawab yang boleh dilakukan oleh seorang anak apabila ibu dan bapa meninggal dunia, iaitu secara berdoa dan beristigfar. Selain itu, anak-anak juga boleh membuat dan menyempurnakan perjanjian yang dilakukan oleh ibu bapa dengan orang lain semasa hayatnya. Anak-anak juga seharusnya memuliakan sahabat-sahabat ibu bapa sebagai mana yang dilakukan oleh mereka ketika mereka masih hidup dan anak-anak juga boleh menyambung silaturrahim dengan orang lain yang tidak dapat dismabung semasa hayat mereka. Di dalam sebuah Hadis Rasulullah SAW ada menyebut "apabila mati seorang anak adam, maka putuslah amal perbuatannya selain dari tiga perkara; iaitu ilmu yang dimanfaatkan, sedekah atau amal jariah, dan anak yang salih, yang mendoakan(kebaikan) baginya. "(Hadis Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri yang Diunggulkan

Contoh laporan Penelitian Tindakan Kelas

!-- Bahan pelajaran --> BAB I PENDAHULUAN A.     Latar Belakang Masalah Semua guru atau siswa pasti selalu men...