Selasa, 15 Desember 2015

Peranan dan Tanggung Jawab manusia terhadap Allah SWT


Peranan dan Tanggungjawab Terhadap Allah SWT
Setiap manusia mempunyai tanggungjawab yang tersendiri khususnya bagi orang islam iaitu tanggungjawab terhadap Allah SWT yang diasaskan terlebih dahulu dengan akidah dan keimanan. Antara tanggungjawab yang perlu dilaksanakan ialah seperti menunaikan solat, berpuasa, membayar zakat dan mengerjakan haji. Manakala bagi orang tidak beriman tidak dipertanggungjawabkan kerana mereka telah ingkar dan tempat mereka diakhirat kelak ialah neraka. Firman Allah SWT yang bermaksud :"Beberapa lelaki yang dapat dilalaikan oleh perniagaan daripada mengingati Allah dan(daripada) mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat, yang takut kepada hari yang berbolak-balik, hati-hati dan pandangan-pandangan. "(Surah al-Nur : ayat 37)

dalam Islam, ibadah merupakan suatu kewajipan yang harus dilakukan tanpa merasakan dan menganggap ianya sebagai suatu bebanan.,Manusia seharusnya menganggap bahawa ibadah ini merupakan suatu penyataan perhubungan di antara Allah Taala dengan makhluk-Nya dan ianya merupakan suatu penyataan tentang betapa mulianya manusia disisi Allah SWT kerana mereka boleh berbahagia dengan menghampirkan diri dengan Allah SWT.Firman Allah yang bermaksud :"Sehampir-hampir seorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika dia sedang bersujud"(Riwayat Muslim)Menurut pengertian bahawa ibadah bermaksud patuh, taat, setia, tunduk dan mendambakan diri kepada sesuatu. Perkataan ibadah adalah berasal dari Bahasa Arab ,Menurut Imam Ibnu Taimiyah ibadah dapat didefinikan sebagai "suatu nama yang meliputi tiap-tiap perkara yang disukai, diredhai Allah, samada melalui perkataan atau perbuatan zahir dan batin. " Ibadah merupakan suatu perkara pokok yang membolehkan seorang muslim menurutinya dan melakukannya sebagaimana yang dikehendaki di dalam Islam. Ibadah apabila dilakukan dengan ikhlas akan memperolehi kesan yang baik di dalam bentuk yang sebenar, keseronakkan berbuat taat dan kemanisan iman. ,Rasulullah SAW telah bersabda di dalam sebuah hadis qudsi bahawa Allah Taala telah berfirman yang bermaksud :
"Wahai anak adam, terdapat empat perkara, dimana satu untukku, satu untuk engkau, satu antara aku dan engkau dan akhirnya antara engkau dan makhlukku. Maka Perkara untukku ialah, bahawa engkau hendaklah beribadah(menyembah) kepadaku dan jangan menyekutuiku dengan sesuatu. Perkara yang menjadi milikmu ialah, bahawa amalanmu itu akan kubalas dengan yang lebih hebat dari itu. Perkara yang menjadi mulik antaraku dan engkau ialah bahawa engkau berdoa dan aku memperkenankannya. Dan milik bersama antara engkau dan makhlukku ialah berilah kepada manusia dengan apa yang engkau suka jika diberi oleh mereka. "     


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Entri yang Diunggulkan

Contoh laporan Penelitian Tindakan Kelas

< !-- Bahan pelajaran --> BAB I PENDAHULUAN A.     Latar Belakang Masalah Semua guru atau siswa pasti selal...